Monday 31 December 2018

Because You Don't Destroy The People You Love

Inpired by a quote in the internet [source unknown]
from the troubled mind of IdaXu

You don't love me.
You just don't want to be alone.
Or maybe, maybe because I am good for your ego.
Or maybe, maybe I make you feel good about your miserable life.
And you don't love me.
Because you don't destroy the people you love.

I don't love you.
I just don't want to be alone.
Or maybe, maybe because you are good for my ego.
Or maybe, maybe you make me feel good about my miserable life.
And I don't love you.
Because l don't destroy the people I love.

She doesn't love him.
She just don't want to be alone.
Or maybe, maybe because he is good for her ego.
Or maybe, maybe he makes her feel good about her miserable life.
And she doesn't love him.
Because you don't destroy the people you love.

He doesn't love her.
He just don't want to be alone.
Or maybe, maybe because she is good for his ego.
Or maybe, maybe she makes him feel good about his miserable life.
And he doesn't love her.
Because you don't destroy the people you love.

Monday 10 December 2018

Perempuan Ini, Lelaki Itu

This is for all the women that are hurting, have been hurt and who are watching from the sidelines. We are here for you ❤️ #girlfriendsbelike

Perempuan Ini, Lelaki Itu
by IdaXu Rais

Perempuan Ini:
Betul ke kau sayang?
Bila kau terpadan kau cepat mengaku bujang
Betul ke kau sayang?
Bila kau telefon perempuan tu siang dan malam
Betul ke kau sayang?
Bila raya kau cari perempuan tu dan bukan aku
Betul ke kau sayang?
Bila kau pukul aku sebab aku masih percaya kau masih menipu
Betul ke kau sayang?
Bila tengah malam kau ajak perempuan tu masuk senyap-senyap bilik kau berselingkuh
Betul ke kau sayang?
Bila kau tinggalkan aku dengan anak dan duduk jauh dari aku
Betul ke kau sayang?
Bila kau cerita buruk pasal aku dekat anak-anak
Betul ke kau sayang?
Bila makan pakai aku kau gagal sediakan malah harapkan aku yang sediakan
Betul ke kau sayang?
Bila kau pinjam duit aku tapi tak pernah reti nak pulang
Betul ke kau sayang?
Bila kau panggil aku bodoh, hodoh dan tuduh aku yang curang
Betul ke kau sayang?
Bila kau lempang muka aku, kau tarik rambut aku, kau tumbuk kepala aku, kau pukul peha aku, kau cubit dada aku
Betul ke kau sayang?
Bila kau tabur janji-janji palsu pada aku supaya aku tetap menunggu

Lelaki Itu :
Aku bukan sayang. Aku sebenarnya nak menang
Bukan aku dah tak sayang. Aku sebenarnya nak menang
Aku tak pernah sayang pun. Aku sebenarnya nak menang
Dulu aku sayang tapi kau asyik menang, aku jadi tak senang. Aku sebenarnya lagi layak menang

Jangan la pergi sayang
Kalau kau hilang, aku rasa kurang
Tak ada yang memandang aku dengan sayang
Tak ada yang nak mendengar resah aku setiap hari
Tak ada yang nak memuji segala gerak-geri baik aku
Tak ada yang nak melayan aku bila nafsu aku terangsang
Tak ada yang boleh aku bergantung harap bila pendapatan aku kurang
Tak ada yang sanggup setia bila aku tumbuk melepas geram
Tak ada yang memujuk aku walaupun aku yang terajang

Susah itu kita bersama, bila senang itu belakang cerita
Pahit itu kita tempuhi, bila manis itu aku mampu nak tambah lagi
Masalah itu kita punya, bila mudah itu aku lah raja

Perempuan Ini:
Jangan hukum aku kerana aku kerana aku terperdaya
Jangan biar aku kerana aku terpercaya kata-kata dia
Jangan pulau aku kerana aku tertipu dengan janji-janji manis dia
Jangan biarkan aku kerana aku cuba sedaya-upaya kerana cinta

Perempuan Itu:
Lelaki Itu yang menipu
Lelaki Itu yang memperdaya
Lelaki Itu yang bersalah
Bukan kau Perempuan Ini
Aku di sini bila kau sudah bersedia
Aku di sini bila kau sudah terjaga dari lena